Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Wanita guna penyata bank palsu didenda RM30,000
Published on: Thursday, September 22, 2022
Published on: Thu, Sep 22, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Wanita guna penyata bank palsu didenda RM30,000
Gambar: depositphotos.com
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 50 tahun didenda sejumlah RM30,000 atas tiga pertuduhan mengemukakan tiga penyata bank palsu kepada Jabatan Pendidikan Sabah bagi mendapatkan kontrak membekalkan makanan siap masak ke sebuah sekolah di sini.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman itu kepada Janifer Basalat, yang mengekalkan pengakuan bersalahnya apabila kesnya dikemukakan untuk dijatuhkan hukuman pada Selasa.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan Janifer membayar denda RM10,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Janifer didakwa mengemukakan tiga penyata bank palsu bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 Sept 2016 di bawah Syarikat Alam Jaguh untuk tujuan mendapatkan tender pembekalan makanan siap masak bagi SMK Maktab Sabah, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan menyatakan tender adalah untuk tempoh dari 1 Mac 2017 hingga 28 Feb 2019.

Janifer didakwa mengemukakan semua penyata bank palsu itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri, di sini pada 24 Nov 2016.

Advertisement
Kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 468 Kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Norsham Saharom dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir untuk pendakwaan manakala Janifer diwakili peguam Ridzuan Borhan.

Advertisement
Sementara itu, dalam kes lain, seorang pendatang tanpa izin dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Marvin Daniel mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz kepada pertuduhan terhadapnya.

Dia ditahan pada 7 Sept tahun ini di kawasan Bandaraya selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis. Mahkamah memerintahkan Marvin menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap.

Selepas hukuman penjaranya tamat, Marvin diarah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk data biometriknya direkodkan sebelum dihantar pulang ke negara asal.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here