Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
Published on: Friday, September 23, 2022
Published on: Fri, Sep 23, 2022
By: FMT, Faiz Zainudin
Text Size:
Text:
Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada 40 pertuduhan rasuah dihadapinya.
PETALING JAYA: PAS meminta semua pihak menerima keputusan mahkamah yang membebaskan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk menyambung kontrak berkaitan sistem visa luar negara (VLN).

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu juga menghormati setiap keputusan dan sudah tentu hakim mempunyai asas dalam membuat pertimbangan beliau.

Advertisement
“Kita menghormati keputusan mahkamah. Setiap keputusan akan ada yang gembira dan akan ada yang dukacita, namun negara ini ada sistem dan menjadi ikrar bersama untuk menjunjung kedaulatan undang-undang.

“PAS menggesa agar masyarakat perlu dididik menghormati keputusan mahkamah, dalam apa jua keputusan, jangan bila kita setuju kita sokong keputusan (mahkamah), bila kita tak setuju kita bantah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hakim mempunyai asas dalam membuat sesuatu keputusan dan dia bertanggungjawab dunia akhirat dengan keputusannya,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Yazid Mustafa memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap presiden Umno itu.

Advertisement
Zahid, 69, didakwa atas 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ketika menjadi menteri dalam negeri, untuk menyambung kontrak firma itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.

Dia juga didakwa atas tujuh lagi tuduhan memperoleh untuk dirinya SGD1.15 juta; RM3 juta; 15,000 franc Swiss; dan USD15,000 daripada syarikat sama berkaitan dengan tugas rasminya.

Advertisement
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Zahid masih berdepan 35 tuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkait pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa beliau menjadi menteri dalam negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here