Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Rogol: Lelaki bela diri 8 Disember
Published on: Tuesday, September 27, 2022
Published on: Tue, Sep 27, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Rogol: Lelaki bela diri 8 Disember
Rezuan didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun dan sembilan bulan itu pada jam 11 malam 30 Dis 2020 di sebuah bilik sebuah rumah di Kinarut, Papar.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 32 tahun diperintah membela diri atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim mengeluarkan perintah itu terhadap Rezuan Hamjah, selepas memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Rezuan pada Isnin.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 8 Dis tahun ini untuk pembelaan Rezuan.

Rezuan didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun dan sembilan bulan itu pada jam 11 malam 30 Dis 2020 di sebuah bilik sebuah rumah di Kinarut, Papar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia didakwa mengikut Seksyen 375(g)/376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan telah memanggil enam saksi semasa perbicaraan.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dacia Jane Romanus yang menggantikan DPP Nur Faezah Jafry hadir untuk pendakwaan manakala peguam Nabila Norsahar mewakili Rezuan.

Dalam kes lain, seorang lelaki dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan kerana mengambil dadah secara berulang.

Advertisement
Mohd Syawal Faizaludin Abdul Malik mengaku kepada pertuduhan terhadapnya.

Dia ditahan pada 7 April tahun ini selepas air kencingnya didapati positif dadah di balai polis Papar.

Mohd Syawal mempunyai beberapa rekod sabitan kerana mengambil dadah.

Selepas hukuman penjaranya selesai, Mohd Syawal diperintahkan supaya diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here