Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah lancar portal Syabas pacu pembangunan usahawan belia
Published on: Wednesday, September 28, 2022
Published on: Wed, Sep 28, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah lancar portal Syabas pacu pembangunan usahawan belia
Hajiji (tengah) menyerahkan cek cura RM10 juta kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin, sebagai simbolik pelancaran portal itu.
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah pada Selasa melancarkan portal Skim Jaya Usahawan Belia (Syabas) sebagai inisiatif baharu dalam memacu gerakan pembangunan ekonomi serta pengukuhan golongan belia Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melancarkan inisiatif yang diperkenalkan dalam Belanjawan Negeri 2022 itu di Menara Kinabalu di sini.

Advertisement
Menurut kenyataan Pejabat Media dan Komunikasi ,Jabatan Ketua Menteri, program berkenaan adalah inisiatif yang dirintis oleh Hajiji melalui aspirasi yang disuarakan generasi muda bagi membantu belia Sabah mengembangkan perniagaan sedia ada mahupun memulakan perniagaan baharu.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta untuk program Syabas bagi menyediakan bantuan kewangan kepada para usahawan belia. Sasaran program ini adalah belia Bumiputera Sabah berumur 18 hingga 40 tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dana bagi belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan dalam bentuk bantuan kewangan kecil, dan dana itu akan diselia oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan antara objektif program Syabas termasuk membantu usahawan belia memulakan perniagaan setelah kehilangan pekerjaan selepas pandemik Covid-19 dan membantu mengembangkan produk serta operasi perniagaan mereka.

Advertisement
Program itu juga menjadi platform dalam membantu para usahawan belia membina rangkaian antarabangsa menerusi aktiviti perniagaan eksport dan import seterusnya memantapkan lagi perniagaan golongan berkenaan.

Para belia yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program Syabas termasuk cara memohon skim itu boleh melayari laman sesawang https://syabas.gov.my.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here