PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan menyifatkan tindakan kerajaan mewajibkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sebagai ‘cakap tak serupa bikin’ apabila masih ramai penjawat awam menerima gaji rendah di bawah paras itu.Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan (Warisan) itu berkata, sebahagian besar penjawat awam khususnya golongan gred rendah masih menerima gaji RM1,208.
Menurutnya, walaupun penetapan gaji minimum yang berkuatkuasa 1 Mei lalu itu difahamkan untuk sektor swasta namun sewajarnya pelaksaannya turut melibatkan kepentingan kakitangan awam.
Advertisement





