Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pesakit maut jatuh dari tingkat 11 hospital 
Published on: Thursday, September 29, 2022
Published on: Thu, Sep 29, 2022
By: Jimmy Goh
Text Size:
Text:
Pesakit maut jatuh dari tingkat 11 hospital 
Tiada unsur jenayah ditemui. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - FOTO Bernama untuk ilustrasi sahaja
Kota Kinabalu: Seorang pesakit maut dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah hospital, di sini, Rabu.

Lelaki Cina berusia 65 tahun dari Tawau itu dikatakan telah mendaftar masuk ke wad sehari sebelumnya.

Advertisement
Seorang pelawat hospital mendengar amaran ‘Code Blue’ hospital berkenaan kira-kira jam 10.15 pagi.

Dia bertanya kepada kakitangan perubatan apa yang berlaku dan diberitahu seorang pesakit terjatuh dari tingkat 11 premis itu.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Difahamkan, pesakit itu mendarat di tingkat enam premis dan kakitangan perubatan bergegas memberikan bantuan. Pesakit itu dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya akibat terjatuh.

Ketua Polis Bandaraya ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.15 pagi.

Advertisement
Penemuan awal menunjukkan lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan serius walaupun paramedik berusaha memulihkannya.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia pada 10.10 pagi.

Advertisement
Pemeriksaan di tingkat enam premis itu membawa kepada kesan tompokan darah dan serpihan gigi dipercayai milik lelaki berkenaan.

Tiada unsur jenayah ditemui. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here