Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penulis Sabah ungguli sayembara menulis puisi esei antarabangsa
Published on: Thursday, September 29, 2022
Published on: Thu, Sep 29, 2022
Text Size:
Text:
Penulis Sabah ungguli sayembara menulis puisi esei antarabangsa
MOHD Yusri bergambar kenangan bersama pemenang di majlis itu.
Kota Kinabalu: Walaupun genre puisi esei masih baharu di Sabah dan hanya diperkenalkan pada 2017, tetapi penulis Sabah telah mengungguli sayembara menulis puisi yang diadakan baru-baru ini.

Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, Datuk Jasni Matlani berkata, ini menunjukkan penulisan genre puisi esei semakin berkembang dan dikuasai dengan baik oleh penulis negara ini, dengan semakin ramai yang mampu menulis puisi esei berkualiti dan baik, sesuai dengan kriteria khusus penulisan puisi esei itu sendiri.
Advertisement
“Hal ini menunjukkan petanda yang positif, di mana penulis negara ini, khususnya di Sabah, mampu bersaing dengan penulis hebat Indonesia, tempat kelahiran asal puisi esei ini, malah di peringkat antarabangsa,” kata Jasni.

Jasni yang juga Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah Sayembara Menulis Puisi Esei Mini oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac), Mohd Yusri Mohd Yusoff, di Dewan Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah, baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sayembara ini adalah anjuran bersama Bahasa, Motac dan Komunitas Puisi Esei Asean, sempena Festival Puisi Esei Antarabangsa 2022 yang pertama kali diadakan di negara ini, malah di dunia.

Menurut Jasni, antara penulis Sabah yang menyerlah dalam sayembara itu ialah Yuliana Daisong dari Bongawan, yang memenangi hadiah utama melalui puisi esei berjudul “Menggenggam utuh merahnya Mawar”.

Advertisement
Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM3,500, bersama seorang lagi penulis Sabah, Halizah Matali dari Kota Kinabalu yang turut menerima hadiah utama itu dengan nilai hadiah sama, melalui puisi esei berjudul  “Hujan batu yang ditadah dengan tangan.” Menurut Jasni, tiada pemenang hadiah utama berjaya merebut Anugerah Khas sumbangan Denny JA setelah panel hakim mendapati tiada satu pun puisi esei yang benar-benar unggul dan layak meneima anugerah utama yang menawarkan hadiah sebanyak RM7,000 itu.

Advertisement
“Manakala, penulis Sabah lain yang turut memperlihatkan keunggulan ialah Salvia Rose dari Papar yang menang hadiah pertama melalui puisi esei yang berjudul “Cerita tentang nasi lembut berlauk air suam” dan membawa pulang wang tunai RM1,500.”

“Abd Karim Gullam dari Tenom, berjaya meraih hadiah penghargaan melalui puisi esei ‘Wira di bumi Solferino’ dan membawa pulang hadiah tunai RM500,” kata Jasni. Pemenang lain ialah D. Kemalawati, dari Aceh, Indonesia, di tempat kedua, melalui puisi esei yang berjudul “Ruhyati, matahari di antara pelangi” dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. Manakala Fanny Jonathan Poyk meraih tempat ketiga dengan puisi esei “Ada apa, anakku sayang?” dan membawa pulang RM700.

Pemenang tunggal dari Thailand, Abdul Razak Panaemalae, memenangi hadiah penghargaan RM500 melalui puisi esei berjudul “Cita bahagia merdeka kedua”.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here