Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pandangan belia penting bagi kerajaan: Ketua Menteri
Published on: Thursday, September 29, 2022
Published on: Thu, Sep 29, 2022
Text Size:
Text:
Pandangan belia penting bagi kerajaan: Ketua Menteri
HAJIJI (kiri) bersama pemimpin majlis pelajar IPT.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata Kerajaan Sabah komited untuk mendengar idea dan pendapat golongan belia seperti wakil pelajar.

Beliau berkata golongan belia, khususnya di institusi pengajian tinggi merupakan modal insan yang berharga untuk negeri ini maju di samping membantu merealisasikan rancangan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Advertisement
“Saya berharap kepimpinan pelajar universiti di Sabah akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan kejayaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya, Selasa.

Beliau sebelum itu bertemu dengan pemimpin majlis pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kota Kinabalu dan pelajar Universiti Malaya Sabah (Permasa) di Menara Kinabalu pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membantu pelajar memperoleh yang terbaik daripada pendidikan melalui pelbagai inisiatif termasuk bantuan tunai sekali-bayar untuk pendaftaran IPT yang mana pelajar layak yang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah akan mendapat RM2,000, sementara pelajar peringkat diploma akan menerima RM1,500.

Sambil melahirkan rasa gembira kerana dapat duduk, berinteraksi dan bertukar pandangan dengan wakil pelajar institusi pengajian tinggi dari Sabah, Hajiji menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh presiden majlis pelajar.

Advertisement
Ia termasuk masalah bekalan air, cadangan program Rumah Siswa SMJ bagi membantu pelajar menghadapi masalah penginapan, isu keselamatan serta tambang penerbangan yang tinggi.

Beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan meneliti semua isu itu.

Advertisement
Mengetuai wakil pelajar UMS ialah Eliezer Nevall Anthony, manakala UiTM diwakili oleh Shahirul Azri Aman Shah, dan Permasa oleh Mohd Amirul Adanan. Hajiji turut mengumumkan sumbangan RM50,000 kepada setiap majlis pelajar itu untuk membantu mereka dalam aktiviti mereka.

Mesyuarat itu diselaraskan oleh Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (Ikrar) Jabatan Ketua Menteri.

Terdahulu, Ketua Menteri turut mengadakan pertemuan dengan sayap pelajar atau Friends of Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai oleh Bayu Saputra Rizal.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here