Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Isu-isu MA63 masih belum diselesaikan
Published on: Thursday, September 29, 2022
Published on: Thu, Sep 29, 2022
Text Size:
Text:
Isu-isu MA63 masih belum diselesaikan
Perbincangan sudah mula tapi belum ada kata putus (mengenai) berapa semakan mengenai bayaran balik (bagi royalti minyak dan pembayaran balik tunai petroleum). 
LIMA belas isu di bawah pemantauan Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) masih belum diselesaikan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Menurut beliau, isu berkenaan termasuk kuasa negeri ke atas isu kesihatan, kuasa baki perundangan mengenai alam sekitar, tenaga buruh di Sabah dan Sarawak serta pelepasan tanah diberi hak milik kepada persekutuan di Sabah dan Sarawak.

Advertisement
 “Kebanyakannya sudah dibawa kepada jawatankuasa (Jawatankuasa Majlis Khas MA63). Ada beberapa perkara yang masih dalam perbincangan. Misalnya, isu pemberian di bawah Akta 112 (1) Perlembagaan Persekutuan (Pertambahan Jawatan) dengan Sarawak.

“Perbincangan sudah mula tapi belum ada kata putus (mengenai) berapa semakan mengenai bayaran balik (bagi royalti minyak dan pembayaran balik tunai petroleum).
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain itu, penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak juga masih dalam pembincangan,” katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas menghadiri Forum Kesedaran Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ‘MA63: Dari Perspektif Generasi Millenial’ di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada Isnin, Maximus berkata antara isu lain yang belum selesai sepenuhnya ialah semakan semula pemberian khas (Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan) negeri Sarawak dan kuasa kawal selia gas dan elektrik negeri Sabah.

Advertisement
Sementara itu ditanya mengenai sama ada nisbah bagi pembahagian 35 peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak perlu dikekalkan tanpa mengikut populasi negeri, Menteri itu berkata ia terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana ia masih dalam tahap perbincangan.

Maximus perkara yang lebih penting adalah matlamat untuk kedua-dua negeri itu mendapatkan semula peratusan kerusi seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia, tercapai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here