Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


Penyanyi didakwa tipu wanita sebanyak RM11,625
Published on: Thursday, September 29, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Penyanyi didakwa tipu wanita sebanyak RM11,625
Tertuduh didakwa memperdaya Albiana Nini Albart @ Albert, dengan sengaja mendorongnya untuk membuat bayaran RM11,625 kepadanya antara 28 Mac 2020 dan 11 April tahun sama di sebuah unit di Deluxe Court, di Kepayan.
Kota Kinabalu: Seorang penyanyi berusia 21 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menipu seorang wanita sebanyak RM11,625 berhubung tawaran jualan telefon bimbit yang tidak wujud.

Jo’ann Biligan pada Rabu mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles terhadap pertuduhan itu.

Tertuduh didakwa memperdaya Albiana Nini Albart @ Albert, dengan sengaja mendorongnya untuk membuat bayaran RM11,625 kepadanya antara 28 Mac 2020 dan 11 April tahun sama di sebuah unit di Deluxe Court, di Kepayan.

Pertuduhan menyatakan pengadu tentu tidak menyerahkan wang itu sekiranya dia tidak terpedaya dengan tawaran jualan telefon bimbit yang tidak wujud tersebut.

Pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Inspektor Kelvan Elson Maik, yang menjalankan pendakwaan, memohon tarikh pengurusan kes dan mencadangkan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin.

Peguam Hairul V. Othman yang mewakili Jo’ann memohon jaminan lebih rendah dengan seorang penjamin.

Lovely menetapkan 19 Okt untuk pengurusan kes dan melepaskan tertuduh dengan ikat jamin RM1,500 dan seorang penjamin.

Di mahkamah sama, enam orang dijatuhi hukuman kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Florence Chin, Saidi Zubairi, Hamdan Manan, Md Soffey Masaid, Aznil Amil dan Md Safree Md Jan mengaku bersalah secara berasingan atas tuduhan mengambil syabu di lokasi berbeza di sini dan di Penampang antara 23 Jun dan 28 Julai.

Florence, Saidi, Soffey dan Aznil masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan, manakala Hamdan didenda RM2,200 atau penjara tujuh bulan.

Safree dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan.

Mengambil dadah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000, atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Safree juga dijatuhkan hukuman penjara dua bulan lagi dan denda RM1,500 atau penjara lima bulan selepas dia mengaku memiliki 0.15 gram syabu di Kg Sendil, Putatan pada 23 Jun tahun ini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here