Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warga asing sertai lumba haram didenda RM1,200
Published on: Thursday, September 29, 2022
Published on: Thu, Sep 29, 2022
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Warga asing sertai lumba haram didenda RM1,200
SAMSIR (dua, kiri) diiring keluar dari kamar mahkamah selepas prosiding. ASP Joan (kiri) turut kelihatan.
TAWAU: Seorang lelaki warga asing didenda RM1,200 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret kerana mengambil bahagian dalam lumba haram motosikal.

Samsir Nasrul, 25, mengaku bersalah di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu, di sini pada Rabu.

Advertisement
Dia didapati melakukan kesalahan itu pada 14 Ogos 2022 sekitar jam 12.30 tengah malam antara bulatan Kubota hingga bulatan Megah Jaya.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 81 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda sehingga RM2,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Samsir juga didakwa di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana tidak memiliki lesen memandu, dan didenda RM500 atau penjara lima hari.

Lelaki itu juga diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen selepas hukuman.

Advertisement
Pegawai pendakwa trafik, ASP Joan Lee, tampil mendakwa.

Sementara itu, dua lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk masing-masing dipenjara lima dan dua hari, serta didenda RM10,000 atau penjara tiga bulan oleh mahkamah sama.

Advertisement
Chung Yin Vun, 45, dan Mohammad Sarhazmie Sarail, 37, membuat pengakuan bersalah di hadapan Leona.

Chung melakukan kesalahan itu di Jalan Perdana sekitar jam 12.05 tengah malam 23 September selepas sesi minum minuman keras di kawasan City Garden bermula jam 9 malam 22 September.

Penyelia estet itu juga digantung lesen memandunya selama dua tahun.

Sementara Mohammad yang bekerja sebagai kontraktor melakukan kesalahan itu di Komersil Central Kubota pada jam 12.55 tengah malam 23 September, selepas sesi minum di kawasan City Garden bermula jam 10 malam 22 September.

Lesen memandunya juga digantung dua tahun.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 45A(1) APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda tidak kurang RM10,000, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nidzam Ahmad.­
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here