Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah harap tingkat hubungan dengan Brunei
Published on: Friday, September 30, 2022
Published on: Fri, Sep 30, 2022
Text Size:
Text:
Sabah harap tingkat hubungan dengan Brunei
Hajiji menyampaikan cenderahati kepada Sultan Hassanal Bolkiah selepas pertemuan itu.
BANDAR SERI BEGAWAN: Sabah mengharapkan hubungan dua hala dengan Negara Brunei Darussalam terus dipertingkatkan setelah sempadan kedua-dua negara dibuka semula.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata beliau optimis kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya perdagangan akan berkembang melihat kepada perdagangan Sabah dengan Brunei meningkat lebih empat kali ganda daripada RM311.7 juta pada 2017 kepada RM1.48 bilion pada Ogos 2022.

Advertisement
Sabah sentiasa mementingkan hubungan dengan Brunei, kata Ketua Menteri semasa menghadap Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di sini pada Khamis.

Hajiji turut berkongsi dengan Sultan Hassanal Bolkiah pencapaian pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah - Barisan Nasional (GRS-BN).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sejak Kerajaan Negeri GRS-BN mengambil alih tampuk pentadbiran dua tahun lalu, Sabah telah mencatatkan RM5.449 bilion kutipan hasil negeri pada 2021, mencapai RM389 juta dalam pelaburan domestik dari Januari hingga Jun 2022 dan RM9.9 bilion dalam Pelaburan Langsung Asing (FDI) dari Januari hingga September tahun ini.

Hajiji berkata Sabah juga mengalu-alukan pelawat dari Brunei, yang telah berkembang selepas pembukaan semula sempadan dengan penerbangan pertama Syarikat Penerbangan Diraja Brunei ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 6 Mei tahun ini.

Advertisement
Susulan pembukaan semula sempadan, rakyat Brunei turut melalui jalan darat untuk melawat Sabah bermula 1 Ogos tahun ini.

Seramai 78,605 rakyat Brunei melawat Sabah pada 2019 tetapi jumlah itu menjunam kepada 5,494 pada 2020 berikutan penutupan sempadan.

Advertisement
Hajiji turut menyampaikan jemputan kepada Sultan untuk lawatan timbal balas ke Sabah.

Lawatan pertamanya ke Negara Brunei Darussalam sejak dilantik sebagai Ketua Menteri, Hajiji diiringi Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Haji Kadzim Yahya; Menteri TugasTugas Khas Datuk Arifin Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Haji Safar Untong.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here