Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan lulus RM8.94 juta tingkat akses internet di Kota Belud
Published on: Friday, September 30, 2022
Published on: Fri, Sep 30, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan lulus RM8.94 juta tingkat akses internet di Kota Belud
Salleh berkata adalah penting untuk kerajaan membantu menyediakan kemudahan atau akses internet bagi memudahkan mereka menjalankan perniagaan dalam talian.
KOTA BELUD: Kerajaan meluluskan RM8.94 juta untuk pembinaan tujuh menara telekomunikasi baharu di Kota Belud tahun ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata inisiatif di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan dijalankan di Kampung Mandawang, Kampung Lugu, Kampung Pangi, Kampung Lasau Tintapon, Sekolah Kebangsaan Labuan, Sekolah Kebangsaan Gunsarai dan Kampung Lahanas Siba.

Advertisement
“Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk meluaskan liputan dan menambah baik kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh daerah. Kita akan pastikan liputan jalur lebar turut dipertingkat untuk daerah Kota Belud. Bagi kawasan terpencil, mungkin kita akan gunakan satelit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian ceramah Peningkatan Keselamatan dan Ekonomi bagi pengundi Kadamaian di Kampung Melangkap di sini pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Salleh juga menyeru agar orang ramai memanfaatkan internet untuk menceburi perniagaan digital atau perniagaan dalam talian.

Sehubungan itu, beliau berkata adalah penting untuk kerajaan membantu menyediakan kemudahan atau akses internet bagi memudahkan mereka menjalankan perniagaan dalam talian.

Advertisement
Kota Belud terletak di pantai barat Sabah, 70km di utara ibu negeri Kota Kinabalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here