PENAMPANG: Bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedick pada Khamis menyokong syor agar Huguan Siou Tan Sri Pairin Kitingan dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.“Tan Sri Pairin mempunyai kredibiliti cemerlang untuk dilantik sebagai TYT Sabah. Beliau menubuhkan parti berbilang kaum dan menjadi Ketua Menteri Sabah di bawah parti berbilang kaum tersebut.
“TYT adalah simbol kesatuan dan perpaduan rakyat Sabah yang berbilang kaum dan agama. Maka nyata sekali Pairin mempunyai kredibiliti untuk dilantik sebagai TYT Sabah seterusnya,” katanya.
Advertisement





