TAMBUNAN: Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey Gapari Kitingan berkata sistem tagal adalah sebuah usaha turun temurun bagi menguruskan sumber ikan sungai secara mapan.“Sistem tagal sudah dipraktikkan sejak dulu dan Jabatan Perikanan Sabah sedar akan usaha ini serta mengambil langkah memperkasa sistem tagal melalui perkongsian pintar.
“Perkongsian pintar ini melibatkan jabatan perikanan dan komuniti yang mana jalinan kerjasama yang diwujudkan adalah bagi memastikan sumber perikanan sungai dilindungi, dipulihara dan dituai secara mapan dan lestari,” katanya.
Advertisement





