Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penduduk di Balung mahu balai raya dibaikpulih
Published on: Monday, October 03, 2022
Published on: Mon, Oct 03, 2022
Text Size:
Text:
 Penduduk di Balung mahu balai raya dibaikpulih
Liew bersama Pegawai Perhubungan Parlimen Tawau Robert Penggai meninjau balai raya yang terabai itu.
TAWAU: Penduduk Kg Rancangan Batu 22 di Balung meminta agar balai raya yang terbiar dipulihkan sebagai pusat serba guna.

Ketua Cabang PKR Kg Rancangan Batu 22 Suriansah Berahim menyampaikan hasrat rakyat kepada Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew semasa berdialog di kampung itu baru-baru ini.

Advertisement
“Apabila dipulihkan, balai raya lama boleh dijadikan pusat pelbagai program melibatkan lelaki, wanita dan kanak-kanak masyarakat kampung. Segala aktiviti bermanfaat boleh diadakan di sini,” katanya.

Liew berkata beliau akan mempertimbangkan permintaan penduduk kampung tersebut kerana pemulihan balai raya akan memberi manfaat kepada rakyat. Semasa tinjauannya, beliau mendapati kemudahan itu telah dirosakkan kerana lampu dan kipas hilang. Tandas juga dalam keadaan uzur.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, beliau bertemu dengan kumpulan wanita aktif bernama ‘Kumpulan Selawat Nurul Huda Bt 22’ yang diketuai oleh Rosmia Karim yang memberi taklimat mengenai aktiviti mereka termasuk bermain kompang, kelas pendidikan kesejahteraan keluarga dan kelas pembangunan insan.

Ahli Parlimen itu menambah bahawa dia akan meneliti permintaan wanita untuk mesin jahit untuk kegunaan ahli yang berminat dalam menjahit pakaian untuk menjana pendapatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here