Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah lepasi halangan pertama ke arah dapatkan kembali kawal selia elektrik: Hajiji
Published on: Wednesday, October 05, 2022
Published on: Wed, Oct 05, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah lepasi halangan pertama ke arah dapatkan kembali kawal selia elektrik: Hajiji
Hajiji berkata kerajaan Sabah menjangka untuk mengambil semula SESB dengan liabiliti sifar sebaik Pelan Transformasi SESB disiapkan dalam tempoh lima hingga tujuh tahun dari sekarang.
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah mengalu-alukan kelulusan Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2022 yang akan membuka jalan kepada Sabah untuk mendapatkan kembali kawalan kawal selia ke atas bekalan kuasa elektrik.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kedua-dua rang undang-undang itu dibentangkan berikutan mesyuarat yang dimulakan oleh beliau dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Putrajaya pada Ogos untuk menetapkan rancangan supaya Sabah mengawal selia elektrik sendiri dan bekalan gas serta mendapatkan semula kawalan syarikat utiliti kuasa, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Advertisement
“Rancangan sedang dilaksanakan dan ini termasuk penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah supaya kawal selia bekalan elektrik boleh dipindahkan daripada kerajaan Persekutuan kepada Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Di pihak Sabah, kerajaan negeri dijangka akan membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Bekalan Elektrik, Rang Undang-Undang Enakmen Tenaga Boleh Baharu dan Rang Undang-Undang Enakmen  Suruhanjaya Tenaga di Dewan Undangan Negeri, November tahun ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Berikutan itu, Hajiji berkata kerajaan Sabah menjangka untuk mengambil semula SESB dengan liabiliti sifar sebaik Pelan Transformasi SESB disiapkan dalam tempoh lima hingga tujuh tahun dari sekarang.

Menurut beliau kerajaan Sabah sedang bekerja keras untuk memastikan peralihan yang lancar dan semuanya berjalan mengikut perancangan.

Advertisement
Parlimen meluluskan kedua-dua rang undang-undang itu dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali kedua pada Isnin.

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Takiyuddin berkata ia sebagai persediaan untuk penyerahan semula kuasa autonomi dalam pembekalan elektrik kepada kerajaan negeri Sabah.

Advertisement
Takiyuddin berkata pindaan terhadap Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725) dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 726) itu, selaras dengan komitmen kerajaan menyemak semula pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 berkaitan hak serta kuasa autonomi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak.

Pindaan terhadap kedua-dua akta itu termasuk memasukkan subseksyen baharu iaitu memberikan menteri kuasa menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan kedua-dua akta di bahagian yang berlainan di Malaysia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here