Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Penganggur bebas tuduhan edar ganja
Published on: Wednesday, October 05, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Penganggur bebas tuduhan edar ganja
IRWIN (kanan) kelihatan gembira apabila diberi taklimat oleh pasukan peguamnya, sebelum meninggalkan mahkamah bersama ahli keluarganya.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur berusia 47 tahun keluar sebagai individu bebas pada Selasa selepas Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskannya daripada dua pertuduhan mengedar ganja.

Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Parnell melepaskan dan membebaskan Irwin Fauzi Teo daripada pertuduhan tanpa memintanya membela diri.

Dalam menyampaikan keputusan itu, Amelati memutuskan bahawa mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Irwin dalam kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Irwin didakwa mengedar 890.1 gram ganja pada jam 4.30 petang 20 Feb 2019 di sebuah rumah, Lorong Bunga Dahlia, Taman Cantek di sini.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengedar 200.1 gram ganja pada jam 3.40 petang hari sama di tepi jalan bersebelahan Restoran Yun Man, Taman Dixon, Jalan Lintas.

Setiap pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya itu  membawa hukuman mati, atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Amelati dalam keputusannya sebelum ini berkata: “Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa di bawah kedua-dua pertuduhan terhadap tertuduh, bukti jagaan dan kawalan terhadap kedua-dua beg hitam yang ditemui di dalam kereta Impreza dan beg bagasi hitam yang ditemui di dalam bilik rumah Taman Cantek, telah disangkal oleh pihak pembelaan atas anggapan mengedar di bawah Seksyen 37 (da) Akta Dadah Berbahaya (DDA) atau Seksyen 37(d) DDA dan/atau Seksyen 2 DDA semata-mata atas faktor bukan eksklusiviti sama ada Kereta impreza atau rumah di Taman Cantek.

“Tanggungjawab tidak terletak pada pembelaan untuk membuktikan kemungkinan akses kepada orang lain tetapi pada pendakwaan untuk mengecualikan kemungkinan sedemikian.

“Dalam erti kata lain, secara eksklusif bukti jagaan dan kawalan dadah itu harus diwujudkan oleh pihak pendakwaan yang mana dalam kes ini pihak pendakwaan gagal membuktikan perkara yang sama,” kata Amelati.

Irwin, yang ditahan reman sejak ditangkap, mengucapkan terima kasih kepada pasukan peguamnya di luar mahkamah selepas prosiding.

Lapan saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan di peringkat pendakwaan.

Irwin diwakili peguam Ram Singh, Kimberly Ye dan Chen Wen Jye.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here