Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kesalahan berkaitan farmasi. Pemilik, pembantu kedai didenda RM5,000
Published on: Thursday, October 06, 2022
Published on: Thu, Oct 06, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Kesalahan berkaitan farmasi. Pemilik, pembantu kedai didenda RM5,000
Edwin Unding, pemilik kedai itu, didenda RM1,500 atau penjara sebulan kerana memiliki 57 kotak Novomin yang mengandungi diphenhydramine, sejenis racun berjadual di bawah Akta Racun 1952.
Kota Kinabalu: Seorang pemilik kedai dan pembantu kedainya didenda sejumlah RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan kesalahan berkaitan farmasi.

Edwin Unding, 36, dan Perenccey Endih, 35, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Elsie Primus atas tuduhan melakukan kesalahan itu pada 11.25 pagi 10 Sept 2019, di Enabless Enterprise, Pinasang Shoplot, Jalan KK-KB, Batu 5, Kota Belud.

Advertisement
Edwin Unding, pemilik kedai itu, didenda RM1,500 atau penjara sebulan kerana memiliki 57 kotak Novomin yang mengandungi diphenhydramine, sejenis racun berjadual di bawah Akta Racun 1952.

Kesalahan mengikut Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 itu boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Edwin, bagi pertuduhan kedua, didenda RM2,000 atau penjara sebulan kerana memiliki minyak aromaterapi tidak berdaftar: 10 botol FreshCare Lavender, tujuh botol FreshCare Strong, empat botol FreshCare Sports dan lapan botol FreshCare Sandalwood di premis sama pada hari yang sama.

Edwin didapati melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, satu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) Peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952, yang membawa hukuman denda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Sementara itu, pembantu kedai, Perenccey Endih didenda RM1,500 atau penjara sebulan atas kesalahan bukan orang yang dilesenkan di bawah Akta Racun 152 menjual sekotak Novomin kepada seorang lelaki.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(5) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Pegawai Pendakwa dari Jabatan Farmasi, Tan Pueh Li menjalankan pendakwaan, sementara Edwin dan Perenccey tidak diwakili peguam.

Edwin dan Perenccey membayar denda masing-masing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here