Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kesalahan seksual: Petani bakal ketahui nasib selepas hujahan
Published on: Friday, October 07, 2022
Published on: Fri, Oct 07, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Kesalahan seksual: Petani bakal ketahui nasib selepas hujahan
Lelaki itu pada 29 Disember 2021 diperintahkan untuk membela diri selepas mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Kota Kinabalu: Seorang petani berusia 35 tahun yang didakwa melakukan gangguan seksual fizikal terhadap anak saudaranya yang berusia 12 tahun, kini menunggu keputusan daripada mahkamah sama ada dia akan dibebaskan daripada pertuduhan itu atau sabit kesalahan.

Tarikh keputusan untuk kes lelaki itu masih belum ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, kerana tarikh itu akan diberikan apabila hujahan daripada kedua-dua pihak diterima.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan pembelaan mengemukakan hujahan pada atau sebelum 31 Okt tahun ini, manakala pendakwaan mengemukakan hujahannya pada atau sebelum 11 Nov tahun ini dan menjawab jika ada pada 18 Nov melalui e-review.

Mahkamah memberikan tarikh hujahan apabila pembelaan menutup kesnya selepas memanggil empat saksi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan seksual itu pukul 11 pagi pada November 2018 hingga Mei 2019 di sebuah kampung di Kota Marudu.

Perbuatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan jika sabit kesalahan.

Advertisement
Lelaki itu pada 29 Disember 2021 diperintahkan untuk membela diri selepas mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Kira-kira sembilan saksi dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan ikat jamin lelaki itu dilanjutkan sementara menunggu kesnya selesai.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan diperintah dikenakan sekali sebatan kerana mengambil syabu, berulang kali.

Md Hasmin Lumin mengaku bersalah mengambil dadah itu dan dia ditahan pada 28 Mei tahun ini selepas air kencingnya didapati positif dadah di balai polis di sini.

Dia mempunyai beberapa rekod sabitan kerana mengambil dadah.

Mahkamah memerintahkan Md Hasmin menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman penjara. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here