Kota Kinabalu: Datuk Ong Kim Swee menggesa pemain-pemainnya agar terus fokus dan lebih berdisiplin dalam dua perlawanan terakhir di tempat lawan pada minggu akan datang.Mereka akan bertemu Pahang FC pada Selasa (11 Oktober) sebelum melengkapkan musim menentang Johor Darul Ta’zim pada 15 Oktober.
Walaupun meraih kemenangan 4-1 menentang pasukan tercorot, Penang FC, dalam perlawanan terakhir mereka di laman sendiri musim ini di Stadium Likas pada Jumaat lalu yang menamatkan rentetan empat perlawanan tanpa kemenangan, Ong mengakui ia tidak mudah untuk mereka mempertahankan kedudukan tangga kedua ketika ini.
Advertisement





