KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lemas dalam insiden bot karam di sini, pada petang Ahad. Sepuluh penumpang yang lain, bagaimanapun, selamat dalam kejadian di muara Sungai Nanamun, dekat Kg Rampayan Laut itu.
Mayat Muhammad Hayrul Sufyan Fian, 1, ditemui penduduk kampung sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 2.22 petang Ahad.