Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
The Cops A juara Boling Padang Pairs Terbuka Sabah
Published on: Monday, October 10, 2022
Published on: Mon, Oct 10, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
The Cops A juara Boling Padang Pairs Terbuka Sabah
(DARI kiri) Shuib, Alfizi, Naufal dan Awalan selepas penyampaian hadiah.
Kota Kinabalu: Muhd Naufal Azmi dan Mohd Shahril Alfizi Ahmad dari pasukan The Cops A muncul juara pada edisi kelima Kejohanan Boling Padang Pairs Terbuka Sabah yang berakhir di gelanggang boling padang Kompleks Sukan Keningau pada Sabtu lalu.

Pada aksi final yang penuh mendebarkan mereka menewaskan Hanif Jamiri dan Zulsyafiq Zamri dari Labuan V 12-11 untuk membawa pulang hadiah kemenangan RM4,000, sementara finalis yang tewas terpaksa berpuas hati dengan wang tunai RM2,000.

Advertisement
Berkongsi tempat ketiga dengan hadiah tunai RM1,000 setiap satu ialah pasukan MOF (Dg Lapuan @ Zalifah Omar/Abd Rajib Rajan) dan Pelapis A (Adilah Justine/Elldy Maxcanzie Zosmi).

Pasukan yang menamatkan saingan di tempat kelima hingga ke-16 turut menerima hadiah tunai dari RM200-RM500.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu dalam acara plate, Supian Buang dan Darus Nasir dari pasukan SB DS memenangi hadiah tunai RM250 selepas mereka menewaskan Zulpikar Manshor dan Eyreza A.Besar dari Labuan Z 11-3 di final.

Labuan Z menerima RM200 sementara berkongsi tempat ketiga ialah pasukan PSS (Jenny Hassan/Shauki Nazri Rasmin) dan Sandakan Bowls (Saadan Alak/Muhd Shazwan Hakemi Saadan) di mana setiap satunya menerima RM150.

Advertisement
Sebanyak 60 pasukan termasuk dari Singapura, Brunei, Wilayah Persekutuan, Semenanjung Malaysia dan Sabah mengambil bahagian dalam kejohanan empat hari itu. Majlis pembukaan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin pada Rabu lalu, sementara majlis penutupan disempurnakan oleh Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia Datuk Awalan Abdul Aziz.
Advertisement
Turut hadir ialah Presiden Persatuan Boling Padang Sabah Shuib Hashim dan semua pegawai. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here