Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Olahragawan MSSM 2022 azam pecah rekod Sukma
Published on: Tuesday, October 11, 2022
Published on: Tue, Oct 11, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Olahragawan MSSM 2022 azam pecah rekod Sukma
EARL Isaac ketika ditemu bual bersama Bernama di rumahnya Kampung Salut Sepanggar. – fotoBERNAMA
Kota Kinabalu: Selepas berjaya dinobatkan sebagai Olahragawan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2022, Earl Isaac Mitzler Fredolin dari Sabah, kini meletakkan sasaran yang lebih tinggi.

Atlet berusia 14 tahun yang menerima pengiktirafan tersebut atas kejayaannya memecahkan rekod lontar peluru lelaki bawah 15 tahun MSSM, berazam untuk memecah rekod Sukan Malaysia (Sukma) kelak.

Advertisement
“Kejayaan MSSM menjadi pembakar semangat untuk saya untuk menyasarkan kejayaan yang lebih tinggi. Saya mahu membanggakan rakyat Sabah seterusnya Malaysia sekiranya dapat mewakili negara,” katanya yang ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Salut, Sepanggar.

Pada Kejohanan MSSM 2022 akhir bulan lepas, lontaran emas Earl Isaac dengan jarak 18.26 meter (m) memadamkan rekod lama kejohanan 16.90m yang dibuat Jonah Chang Anak Rigan dari Sarawak pada 2018.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebelum ini pada awal September lepas, saya juga dinobatkan sebagai Olahragawan Kejohanan Majlis Sekolah Sukan Sabah Ke-54 setelah berjaya memecah rekod kejohanan dengan lontaran 17.22m,” katanya.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Sukan Malaysia Sabah itu berkata dorongan kawan-kawan, ibu bapa dan tunjuk ajar oleh jurulatih merupakan kunci kejayaannya.

Advertisement
“Bapa saya Fredolin Toluod, 38, dan ibu Donna Cynthia Suliah, 38, menjadi tunjang di sebalik kejayaan saya… mereka menjadi pembakar semangat untuk terus berlatih dengan tekun sehingga mencapai kejayaan,” katanya dan menambah akan cuba berjinak-jinak dengan sukan lempar cakera tahun depan seperti dicadangkan jurulatihnya.

Sementara itu, Fredolin berkata beliau melihat bakat sukan lontar peluru anaknya sejak berumur sembilan tahun dan menggunakan pengalamannya terlibat dengan sukan itu antaranya mewakili daerah ketika sekolah menengah untuk melatih anaknya.

Advertisement
“Saya kemudiannya cuba latih dia (Earl Isaac) sendiri di rumah dan akhirnya dia secara rasminya menceburi sukan berkena-an di sekolah dan hasil latihan itu dia berjaya menjadi olahragawan apabila memecah rekod kejohanan pada MSSS (Majlis Sukan Sekolah Sabah) 2020 di Lahad Datu.

“Pada masa itu Earl Isaac memper-baharui rekod acara lontar peluru lelaki kategori 12 tahun dengan catatan baharu 14.25m memadamkan rekod 2017 milik Muhammad Fitri A Aco 13.74m,” katanya.

Fredolin turut berharap anak sulungnya itu terus berlatih dengan baik tanpa mengabaikan pelajaran agar sukan dan pendidikan seimbang untuk menggapai kejayaan yang lebih baik, seterusnya membanggakan keluarga serta rakyat Negeri di Bawah Bayu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here