RANAU: Sekumpulan pelajar kolej menganjurkan program Hospitaliti dan Pelancongan (Hos’Tou) selama sehari sebagai projek akhir mereka sambil memperkenalkan bidang itu kepada sekumpulan pelajar menengah di sini pada Sabtu.Program ‘Exposing The Hos’Tou and Learning The Culture With Community Event’ itu dianjurkan oleh 15 pelajar Kolej Universiti Borneo Utara (NBUC) di Rumah Budaya Liwan, di sini.
Pensyarah Hospitaliti dan Pelancongan NBUC, Dewie Trieana Arfianie Azahar berkata projek akhir mengkehendaki pelajar menganjurkan program dan memastikannya berjalan lancar.
Advertisement





