Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penumpang kereta api terperangkap tiga jam akibat tanah runtuh di Papar
Published on: Wednesday, October 12, 2022
Published on: Wed, Oct 12, 2022
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Penumpang kereta api terperangkap tiga jam akibat tanah runtuh di Papar
ANTARA penumpang yang terperangkap dalam kereta api itu, malam Isnin lalu.
PAPAR: Kira-kira 110 penumpang dan tiga kru kereta api terperangkap dalam kereta api selama tiga jam susulan kejadian tanah runtuh berhampiran terowong kereta api, di sini, malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah DSP Kamaruddin Ambo Sakka, berkata kejadian itu berlaku sekitar jam 6.30 petang di mana laluan keluar terowong kereta api berhampiran Pengalat Besar tertutup oleh tanah runtuh.

Kamaruddin

Advertisement
“Tanah runtuh menghalang kereta api itu daripada meneruskan perjalanan ke Beaufort,” katanya pada Selasa.
Beliau berkata operasi mengeluarkan penumpang dilakukan oleh petugas Jabatan Kereta Api Negeri dengan bantuan polis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Penumpang kemudian dibawa ke Balai Polis Papar untuk dokumentasi dan pemeriksaan perubatan bagi memastikan mereka tidak mengalami kecederaan.

“Kebanyakan penumpang adalah dari Papar manakala sebahagiannya dari Beaufort. Beberapa penumpang dari Beaufort dihantar pulang ke rumah masing-masing dengan bantuan Majlis Daerah Papar manakala yang lain dijemput saudara mara mereka,” katanya.

Lokomotif terbabit selepas dikeluarkan dari tempat kejadian.

Advertisement
Kamaruddin juga berkata gerabak kereta api itu ditarik balik ke stesen Jabatan Keretapi Negeri Sabah (Kuarters dan Bengkel) manakala lokomotif terbabit kemudiannya dikeluarkan dari tempat kejadian selepas kakitangan menyelesaikan kerja-kerja pembersihan.

LANDASAN kereta api di hujung torowong tertimbus oleh tanah runtuh.

Isnin, Jabatan Kereta Api Negeri mengeluarkan kenyataan di media sosial menyatakan jadual kereta api pada Selasa (11 Oktober) terganggu akibat tanah runtuh di Terowong Papar.

Advertisement
Dalam catatan itu, jabatan itu juga menyatakan bahawa lima perkhidmatan pada hari Selasa dibatalkan untuk perjalanan dari Sembulan ke Beaufort.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here