Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perenang Sabah raih tiga emas, tujuh perak
Published on: Wednesday, October 12, 2022
Published on: Wed, Oct 12, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Perenang Sabah raih tiga emas, tujuh perak
BENJAMIN (kanan) bersama perenang-perenang Sabah.
Kota Kinabalu: Perenang Sabah meraih tiga emas, tujuh perak dan tiga gangsa pada Kejohanan Renang Jarak Sederhana dan Jauh MAS/MSN ke-5, yang diadakan di Bukit Jalil pada hujung minggu lalu.

Skuad terdiri daripada Alexis Lee, Kevin Hon, Laura Lee, Shane Chong, Sharon Voon dan Tanner Joibi, diketuai jurulatih Benjamin Lee, menamatkan saingan di tempat kelapan keseluruhan.

Advertisement
Laura yang memenangi dua emas, dua perak dan satu gangsa turut mencatat rekod baharu kejohanan dalam acara 200m kuak lentang dengan masanya 2 minit 32.75 saat.

Alex memenangi satu lagi emas selain tiga perak dan satu gangsa, sementara pemenang pingat yang lain ialah Sharon dan Tanner dengan satu perak setiap satu, manakala Shane meraih satu gangsa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Presiden Persatuan Sukan Akuatik Sabah Daniel Lee mengucapkan tahniah kepada pasukan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

“Tahniah kepada atlet-atlet atas prestasi yang sangat baik dan saya harap mereka akan belajar daripada pengalaman itu untuk persiapan menghadapi kejohanan Kumpulan Umur Jemputan Sabah pada Januari tahun depan,” katanya.
Advertisement
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Sabah atas sokongan mereka dalam melaksanakan program mereka.

Beliau juga mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan Pertandingan Terjun Novis Sabah 2022 pada 10-11 Disember di Kompleks Sukan Kota Kinabalu didahului oleh klinik penganjuran pertandingan dan penjurian terjun.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here