Kota Kinabalu: Bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur tuduhan “tidak bertanggungjawab” oleh orang yang beliau bantu untuk dilantik sebagai penggantinya berhubung kebijaksanaan mengadakan pilihan raya umum semasa musim tengkujuh ketika ini.“Adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk menyalahkan saya dan Kabinet atas apa yang berlaku hanya kerana Umno dan Barisan Nasional berdepan serangan orang ramai kerana mengadakan pilihan raya semasa musim banjir,” katanya.
Muhyiddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sahaja yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
Advertisement





