Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Masukkan rakyat Sabah, Sarawak untuk undi pos: Bekas Ahli Parlimen
Published on: Thursday, October 13, 2022
Published on: Thu, Oct 13, 2022
Text Size:
Text:
Masukkan rakyat Sabah, Sarawak untuk undi pos: Bekas Ahli Parlimen
Darell berkata SPR mesti berpihak kepada semua pengundi dan melakukan perkara yang betul dengan mendaftarkan semua pengundi Sabah dan Sarawak untuk mengundi pada pilihan raya akan datang melalui undi pos.
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memasukkan rakyat Sabah dan Sarawak dalam urusan pendaftaran pengundi pos, kata bekas Ahli Parlimen Penampang Datuk Darell Leiking.

Beliau berkata terdapat ramai rakyat Sabah dan Sarawak yang bekerja dan menetap di Semenanjung Malaysia dan memerlukan kos yang tinggi untuk mereka pulang mengundi pada pilihan raya parlimen akan datang.

Advertisement
“Penyertaan mereka dalam proses demokrasi adalah penting kerana kebanyakan mereka akan merasa sukar, jika tidak mahal, untuk pulang ke Sabah dan Sarawak kerana kos tambang penerbangan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa lepas. Beliau berkata ia adalah tidak wajar untuk menafikan hak mereka sebagai pengundi.

“Walaupun semasa pandemik, cara baharu melakukan dan meneruskan perniagaan serta mesyuarat rasmi dicipta secara inovatif seperti melalui panggilan video malah badan kehakiman juga mengeluarkan penghakiman melalui dalam talian,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dengan kreativiti sedemikian, beliau berharap SPR membenarkan pendaftaran rakyat Sabah dan Sarawak sebagai pengundi pos.

 Selaras dengan konsep Keluarga Malaysia, beliau berkata rakyat Sabah dan Sarawak tidak sepatutnya dinafikan hak perlembagaan mereka kerana tidak dapat pulang ke tanah air kerana isu kos tambang penerbangan.

Advertisement
Beliau berkata SPR mesti berpihak kepada semua pengundi dan melakukan perkara yang betul dengan mendaftarkan semua pengundi Sabah dan Sarawak untuk mengundi pada pilihan raya akan datang melalui undi pos.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here