Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Persetujuan blok Borneo di Parlimen
Published on: Thursday, October 13, 2022
Published on: Thu, Oct 13, 2022
Text Size:
Text:
Persetujuan blok Borneo di Parlimen
ONGKILI dan Wan Junaidi merakam kenangan bersama ahli-ahli Parlimen Borneo selepas sesi taklimat khas itu.
AHLI Parlimen (MP) Sabah dan Sarawak menyokong idea membentuk sebuah kokus Borneo untuk bekerjasama secara politik dan mempunyai satu suara untuk menyokong serta mengukuhkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan Perdana Menteri seterusnya.

Bercakap selepas taklimat khas kepada Ahli Parlimen Borneo di luar persidangan Parlimen pada 4 Okt, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, ini adalah antara isu yang dibangkitkan, selain perkara berkaitan cadangan untuk mengembalikan peruntukan 35 peratus kerusi kepada Malaysia Timur.

Advertisement
“Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyokong penuh idea bahawa kita harus mempunyai suara yang sama untuk melindungi serta melaksanakan prinsip dan asas MA63 dan mempunyai hak bersuara untuk menentukan siapa harus menjadi Perdana Menteri seterusnya,” katanya.

Ongkili menegaskan bahawa Ahli-Ahli Parlimen Borneo juga menyentuh kemungkinan untuk menginstitusikan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak untuk menawarkan kerangka kerja tetap untuk melaksanakan semua tugasnya.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas parlimen untuk mengejar saranan Majlis Khas mengenai MA63 (MKMA63) yang telah dipersetujui sepenuhnya oleh Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kami berpuas hati dengan reaksi dan maklum balas yang kami terima daripada Ahli-Ahli Parlimen, daripada blok Kerajaan dan pembangkang. Ia merupakan sesi interaktif.

Advertisement
“Langkah seterusnya ialah merasmikan kerjasama politik dan hubungan kerja berpotensi dalam kalangan parti-parti Borneo.

“Isu yang dibangkitkan membabitkan kepentingan umum dan dekat di hati kami. Ini adalah permulaan dan sejarah dalam pembikinan… Ahli-Ahli Parlimen Borneo mahu melakukan sesuatu yang nyata mengenai hala tuju dan fokus kepada politik negara Malaysia,” katanya.

Advertisement
Turut hadir pada taklimat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang memberi taklimat kepada Ahli Parlimen mengenai perspektif undang-undang dan langkah seterusnya berhubung gesaan menambah kerusi parlimen bagi Sabah dan Sarawak, di samping beberapa isu berkaitan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here