Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
‘Bubar Parlimen bukan kerana desakan Umno’
Published on: Friday, October 14, 2022
Published on: Fri, Oct 14, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Bubar Parlimen bukan kerana desakan Umno’
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita selepas ditanya mengenai sama ada pembubaran yang diumumkan itu dilakukan atas desakan parti berkenaan.
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan pembubaran Parlimen yang dibuat kerajaan dilakukan atas desakan dari parti sendiri, Umno.

Beliau berkata walaupun terdapat desakan daripada parti Umno berhubung pembubaran Parlimen selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, namun kehendak parti itu tidak diikuti perdana menteri.

Advertisement
“Kalau ikutkan pandangan daripada parti dah lama, dah lama saya bubar Parlimen. Tengok masa PRN Johor yang kata bubar-bubar, setiap kali perhimpunan pun sebut bubar-bubar.

“Umno dah lama cakap soal pembubaran, cuma masa yang tak sesuai dan saya pun masih belum merancang lagi dari segi tarikh yang tepat.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tetapi apabila ada isu yang berkaitan dan saya nampak tak boleh nak ‘go on’  (teruskan) lagi, jadi saya bubarlah,” katanya kepada media selepas melancarkan pembukaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di sini pada Khamis.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita selepas ditanya mengenai sama ada pembubaran yang diumumkan itu dilakukan atas desakan parti berkenaan.

Advertisement
Ismail Sabri berkata sukar baginya untuk memimpin kerajaan sekiranya tiada kesepakatan atau solidariti sesama menteri Kabinet.

“Bagaimana saya nak menguruskan kerajaan dengan baik kalau saya tidak yakin dengan kesepakatan atau solidariti sesama menteri Kabinet?,” katanya.
Advertisement
Katanya, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan ini gagal dan perlu mengadakan pilihan raya semula dan segera.

“Presiden Bersatu, dia adalah parti yang sama dalam gabungan kerajaan. Ada sembilan tak silap saya menteri dari parti dia (Bersatu). Tiba-tiba dia ‘attack’ (serang) kerajaan, itu merupakan perkara yang amat tidak bertanggungjawab kalau dia katakan saya tidak bertanggungjawab,” katanya. Justeru, beliau berkata demi memastikan kestabilan kerajaan bagi proses pemulihan ekonomi pasca Covid-19 dan pelaksanaan agenda lebih besar, Ismail Sabri menegaskan mandat seharusnya dikembalikan kepada rakyat untuk membuat pilihan membentuk kerajaan yang lebih stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here