Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tuntutan Sulu: Kerajaan Persekutuan tidak akan serah Sabah – Wan Junaidi
Published on: Friday, October 14, 2022
Published on: Fri, Oct 14, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tuntutan Sulu: Kerajaan Persekutuan tidak akan serah Sabah – Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata tuntutan itu adalah provokasi dan pelanggaran ke atas kedaulatan serta kepentingan ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa. - FMT foto
Kuala Lumpur: Sabah tidak akan diserahkan atau berada di bawah pentadbiran Filipina dan kerajaan Persekutuan akan terus mempertahankan kedaulatan wilayah Malaysia, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan jawapan beliau kepada soalan yang dikemukakan Chan Foong (PH-Kota Kinabalu) di persidangan Dewan Rakyat pada 6 Oktober lepas berhubung isu pertikaian timbang tara tuntutan Sulu, antara pihak yang mendakwa kumpulan Sulu serta kerajaan Malaysia, yang beliau jelaskan ia adalah tuntutan persendirian dan tidak ada kena mengena dengan soal kedaulatan.

Advertisement
“Sebagai penjelasan kepada jawapan saya mengenai persoalan sama ada Sabah berkemungkinan menjadi sebahagian daripada Filipina susulan keputusan pengisytiharan di Mahkamah Paris, ingin saya tegaskan bahawa situasi ini tidak akan berlaku.

“Sabah tidak akan diserahkan atau berada di bawah pentadbiran Filipina dan Kerajaan Persekutuan akan terus mempertahankan kedaulatan wilayah Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Final Award Mahkamah Arbitrasi Paris tersebut dibuat oleh penimbang tara Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022 yang menganugerahkan pihak menuntut Sulu itu sejumlah US$14.92 bilion.

“Apabila saya menyatakan bahawa pengisytiharan keputusan Mahkamah Paris tersebut merupakan ‘tuntutan peribadi’, ia merujuk kepada tuntutan yang yang dibuat oleh individu persendirian (pihak yang mendakwa kumpulan Sulu) dan bukan tuntutan oleh Kerajaan Filipina.

Advertisement
“Selanjutnya, apabila saya menyatakan bahawa tuntutan Sulu dan pengisytiharan keputusan Mahkamah Paris tidak ada kena mengena dengan soal kedaulatan, kenyataan tersebut adalah merujuk kepada konteks kedaulatan wilayah – sama ada wujud kemungkinan Sabah diserahkan kepada Filipina,” kata beliau.

Wan Junaidi berkata tuntutan itu adalah provokasi dan pelanggaran ke atas kedaulatan serta kepentingan ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Advertisement
Pada masa ini, pihak berkenaan sedang menggunakan proses timbang tara yang merupakan mekanisme undang-undang antarabangsa persendirian untuk menyerang kepentingan kedaulatan Malaysia di luar negara, katanya.

Menurut menteri itu, proses tersebut bukan sahaja disalahguna tetapi ia juga suatu bentuk provokasi ke atas kedaulatan dan kepentingan Malaysia. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here