Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penduduk Kunak rasai gegaran gempa bumi lemah
Published on: Friday, October 14, 2022
Published on: Fri, Oct 14, 2022
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Penduduk Kunak rasai gegaran gempa bumi lemah
Dalam perkembangan sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di sini turut menjalankan pemantauan di beberapa lokasi perumahan dan premis perniagaan.
KUNAK: Penduduk di beberapa kawasan di daerah ini merasai gegaran berlaku pada struktur kediaman mereka dalam kejadian gempa bumi lemah sekitar jam 11 malam Rabu lepas.Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kenyataan tengah malam Rabu lalu bahawa gempa bumi lemah berukuran 3.2 skala richter berlaku di sini dengan titik gempa berada 13 kilometer ke Barat Daya Kunak dengan kedalaman 10km.

Advertisement
Pegawai Daerah Kunak, Awang Mohd Yusoff, ketika dihubungi Harian Ekspres berkata, beliau telah memaklumkan jawatankuasa pengurusan bencana daerah termasuk agensi berkenaan dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk mendapatkan sebarang maklumat semasa kejadian itu jika ada perkara berkaitan.

Ketika laporan ini ditulis, kegiatan harian penduduk di sini berjalan seperti biasa.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku akibat gegaran kecil itu,” kata Awang.

Dalam perkembangan sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di sini turut menjalankan pemantauan di beberapa lokasi perumahan dan premis perniagaan.

Advertisement
Harian Ekspres turut mendapatkan reaksi daripada beberapa penduduk di sini berkaitan kejadian itu.

Nasirah, 30-an yang tinggal di Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pangkalan di sini berkata dia menyedari bunyi seperti guruh dari siling rumah dan berlaku gegaran beberapa saat sekitar jam 11.15 malam.

Advertisement
“Saya tinggal di tingkat tiga bangunan PPR. Memang kuat gegaran yang dirasai. Rasa cemas pun ada juga,” katanya menambah jiran-jiran di sekitar                         di PPR itu turut merasai gegaran tersebut.

Seorang penduduk di Kg.Getah, Laroh Maming berkata beliau juga merasai gegaran lemah ketika sedang menonton televisyen.

“Ia berlaku dalam beberapa saat di mana lantai rumah dirasakan seperti bergoyang,” katanya. Sementara itu penduduk di Kg Pangkalan Madai, Heng Mok Wang, berkata dia dan keluarganya tidak menyedari kejadian itu.

Tinjauan Harian Ekspres di beberapa tapak projek pembinaan bangunan kedai di pekan Kunak juga mendapati pekerja-pekerja meneruskan operasi harian mereka.

Seorang pekerja binaan yang ditemui berkata dia juga tidak merasai sebarang kejadian gempa atau gegaran pada tengah malam Rabu lepas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here