Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor akan merasmikan tayangan perdana dokumentari “Saudin The Orang Utan Whisperer” di Galeri Azman Hashim di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini.Menurut Pengarah RYE Production Sdn Bhd, Noraini Rahman, majlis itu dijadual berlangsung pada 28 Oktober ini, pada jam 2.30 petang serentak dengan pameran ‘Kembara Orang Murut Pertama ke New York – 1936’ di galeri itu dari 28 hingga 30 Oktober.






