Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warisan umum calon pertama PRU15 di Sipitang
Published on: Saturday, October 15, 2022
Published on: Sat, Oct 15, 2022
Text Size:
Text:
Warisan umum calon pertama PRU15 di Sipitang
Adnan yang juga bendahari Warisan Bahagian Sipitang menjadi calon pertama parti itu bertanding PRU15 yang diumumkan Shafie.
Kota Kinabalu: Warisan mengumumkan peguam, Adnan Puteh sebagai calon parti itu untuk bertanding kerusi Parlimen Sipitang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu dibuat Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal ketika berucap sempena siri jelajah parti berkenaan di Sipitang, pada Jumaat.

Advertisement
“Calon dia adalah seorang peguam kanan, memujuk dia bukan senang, saya bersekolah dengan dia di London. Saya bagitau Adnan, saya perlukan suara lantang seorang peguam memperjuangkan hak kita di Parlimen.

“Jadi saya minta tuan-tuan dan puan-puan, padukan tenaga kita dan menangkan Adnan Puteh,” katanya, menurut laporan FMT.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Adnan yang juga bendahari Warisan Bahagian Sipitang menjadi calon pertama parti itu bertanding PRU15 yang diumumkan Shafie.

Pada PRU14, anak kepada bekas ketua menteri Musa Aman iaitu Hafez Musa memenangi kerusi Parlimen Sipitang atas tiket Barisan Nasional dengan majoriti 852 selepas memperoleh 12,038 undi.

Advertisement
Hafez yang kini menyertai Bersatu ketika itu menewaskan calon Warisan Noor Hayaty Mustapha yang memperoleh 11,186 undi, manakala seorang lagi calon daripada Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) Dayang Aezzy Liman hanya meraih 1,547 undi dan hilang wang pertaruhan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here