Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Presiden Parti Bersatu Sabah guna logo GRS: Max
Published on: Saturday, October 15, 2022
Published on: Sat, Oct 15, 2022
By: FMT
Text Size:
Text:
Presiden Parti Bersatu Sabah guna logo GRS: Max
Ongkili berkata setakat ini belum ada kata putus mengenai agihan kerusi dalam kalangan komponen GRS dan Barisan Nasional (BN) untuk PRU15.
PENAMPANG: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Maximus Ongkili mengakui logo parti itu lebih dikenali rakyat Sabah, namun mereka tetap akan menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRU15.

Katanya, keputusan menggunakan logo GRS dibuat secara bersama oleh gabungan itu di mana PBS juga salah satu komponennya.

Advertisement
“Sudah pasti (logo PBS lebih dikenali), tapi ini keputusan GRS, jadi kita patuh dengan itu.

“Demi kesatuan dan solidariti, kita akan guna (logo) GRS, kita letakkan GRS sebagai keutamaan,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat parti itu di ibu pejabatnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada pilihan raya negeri (PRN) 2020, PBS buat kali pertama sejak 16 tahun telah menggunakan logo mereka sendiri untuk bertanding dan memenangi tujuh kerusi.

Sementara itu, Ongkili berkata setakat ini belum ada kata putus mengenai agihan kerusi dalam kalangan komponen GRS dan Barisan Nasional (BN) untuk PRU15.

Advertisement
“Semalam pun, beliau (Pengerusi GRS Hajiji Noor) tidak mahu beritahu dan sebab itu kita belum tahu berapa GRS akan dapat (kerusi) dan berapa Umno akan dapat serta di mana kerusi itu,” katanya.

Khamis lepas, Hajiji mempengerusikan mesyuarat GRS yang turut dihadiri pemimpin daripada komponen gabungan itu.

Advertisement
Ketika ditemui, Hajiji berkata mesyuarat itu tidak membincangkan soal kerusi dan calon sebaliknya mengenai kerjasama mereka dengan BN serta strategi untuk menghadapi PRU15.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here