Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Waris tiga kanak-kanak perempuan dicari
Published on: Saturday, October 15, 2022
Published on: Sat, Oct 15, 2022
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Waris tiga kanak-kanak perempuan dicari
Dari kiri: Nur Putri, Sahirah dan Siti Shernalyn.
RANAU: Pejabat Kebajikan Daerah sedang mencari ahli keluarga dan waris tiga anak yang ditinggalkan ibu bapa kandung sejak kecil kepada keluarga angkat di sini.

Pelindung di Pejabat Kebajikan Daerah Ranau, Halisah binti Baharudin memberitahu, tiga kanak-kanak perempuan berusia antara 4 hingga 10 tahun itu ditinggalkan ibu kandung tanpa sebarang dokumen.

Advertisement
Kanak-kanak tersebut, Nur Putri Idrus (9 tahun), Sahirah (4 tahun) dan Siti Shernalyn Ema (10 tahun) telah ditempatkan di bawah jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) melalui perintah Mahkamah Kanak-Kanak Ranau pada 29 September.

“Seorang wanita tanpa memperkenalkan diri telah meninggalkan Nur Putri bersama penjaga Idrus bin Mohamad pada 29 Disember 2013 ketika dia sedang membersihkan kereta di tempat letak kereta University Condominium Apartment (UCA), Kota Kinabalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pelindung kini sedang berusaha mengesan ibu kandung kanak-kanak itu atau waris anak yang menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan bagi tujuan penempatan dan kebajikan kanak-kanak ini,” jelas Halisah.

Seterusnya, anak yang bernama Sahirah itu dirujuk oleh penjaga kerana penjaga tidak mempunyai dokumen penjagaan yang sah untuk kanak-kanak tersebut.

Advertisement
“Berdasarkan keterangan penjaga, kanak-kanak itu diserahkan seorang kenalan yang disyaki ibu kandung di kediamannya di Kg Kigiok, Ranau pada Julai 2018.

“Sahirah ditinggalkan dengan penjaga atas alasan ibunya mahu ke Tamu Pekan Ranau. Tetapi selepas beberapa jam ditinggalkan, ibu kandungnya tidak muncul untuk mengambilnya kembali,” katanya.

Advertisement
Tambah Halisah, menurut penjaga, dia menghubungi ibu kandung kanak-kanak itu semula tetapi ibu kandungnya enggan menjaga kanak-kanak itu, sebaliknya meminta penjaga mengambil dan menjaga kanak-kanak itu.

“Penjaga itu juga menyatakan dia cuba mencari ibu kanak-kanak itu di kediamannya di Telipok tetapi dia tiada di situ.

“Memandangkan penjaga tidak mempunyai hak penjagaan kanak-kanak, dia tidak dapat menguruskan hal-hal membabitkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu,” katanya.

Manakala bagi anak ketiga, Siti Shernalyn Ema, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah Daerah Ranau telah menerima aduan daripada penjaga kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Redinah binti Kinsing yang beralamat di Kg Balisok Ranau berhubung pengabaian kanak-kanak tersebut oleh ibu kandungnya.

“Siasatan awal mendapati seorang wanita tidak dikenali yang tinggal bersebelahan meminta bantuan untuk menyambut kelahiran cucu.

“Bagaimanapun, pada hari sama, wanita berkenaan menyerahkan bayi yang baru dilahirkan itu kepada penjaga dengan alasan mahu berpindah dan meminta penjaga menjaga kanak-kanak itu.

“Penjaga telah cuba menjejaki ibu kandung kanak-kanak itu tetapi usaha mencari tidak berjaya,” katanya.

Sehubungan itu, Halisah menjelaskan pihaknya mengalu-alukan waris atau mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak berkenaan untuk menghubunginya pada talian 088-870509, atau datang ke Pejabat Kebajikan Daerah Ranau.

“Ini adalah untuk memberi maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak itu, selain membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik untuk penempatan dan kebajikan kanak-kanak itu,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here