Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Universiti Malaysia Sabah dilantik ejen pungutan, agihan zakat harta
Published on: Sunday, October 16, 2022
Published on: Sun, Oct 16, 2022
Text Size:
Text:
Universiti Malaysia Sabah dilantik ejen pungutan, agihan zakat harta
Gambar logo oleh ms.wikipedia.org
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dilantik sebagai ejen pungutan dan agihan zakat harta bagi pihak Majlis Ugama Islam Sabah (Muis).

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, hasil daripada pungutan zakat berkenaan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar UMS yang datang daripada golongan berpendapatan rendah.

Advertisement
“Pelantikan ini merupakan satu inisiatif yang baik antara UMS dan Muis di mana kita menjangkakan potensi zakat harta yang akan dipungut adalah berjumlah sekitar RM1 juta setahun.

“Daripada jumlah yang bakal dipungut, 50 peratus akan digunakan untuk tujuan bantuan kewangan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan selebihnya akan dikembalikan kepada pihak Muis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Diharapkan dengan adanya inisiatif ini, kita akan dapat memperkasakan kapasiti pelajar dan seterusnya dapat menambahbaik kualiti kehidupan mereka,” ujarnya ketika ditemui media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) Pelantikan UMS Sebagai Ejen Pungutan dan Agihan Zakat Harta bagi Muis di sini, pada Jumaat.

Dalam majlis tersebut, UMS diwakili Prof. Datuk Kasim dan Pendaftar, Luqman Ridha Anwar manakala Muis diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Ramlan Awang Ali dan Timbalan Ketua Penolong Setiausaha Zakat, Bahagian Zakat Sabah, Iwansuzairie Hari.

Advertisement
Perjanjian berkenaan disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga Pro Canselor UMS, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Rahman Dahlan dan Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif merangkap Exco Pendidikan Negeri Sabah.

Terdahulu, Hajiji menghadiri Program Sesi Bersama Pro Canselor UMS dan Majlis Ikrar dan Aku Janji Sempena Minggu Suai Mesra Pelajar Baharu Universiti Malaysia Sabah Sesi 2022/2023 kali ke-28 yang melibatkan 4,576 pelajar baharu.

Advertisement
Lafaz Ikrar diketuai pelajar Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Mohd. Asly Faeq Azrul dan 12 yang lain mewakili 12 fakulti dan satu akademi yang terdapat di UMS. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here