Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Wetrom sebagai calon Warisan di Kota Marudu belum muktamad’
Published on: Monday, October 17, 2022
Published on: Mon, Oct 17, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Wetrom sebagai calon Warisan di Kota Marudu belum muktamad’
Shafie turut mengulangi hasrat Warisan untuk bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam menghadapi PRU15 demi kemajuan negeri ini.
Kota Kinabalu: Parti Warisan (Warisan) mengalu-alukan penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandau Datuk Wetrom Bahanda ke dalam parti itu sekiranya beliau berhasrat berbuat demikian, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie berkata bagaimanapun keputusan meletakkan beliau sebagai calon di Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih belum muktamad.

Advertisement
Beliau berkata menyertai Warisan adalah langkah penting buat Adun daripada Bersatu itu, manakala hal lain termasuk menjadi calon untuk Warisan akan dinilai dan dipertimbang kemudian.

“Menjadi calon ialah perkara lain. Apa yang penting bagi kami ialah calon yang boleh menang. Tiada gunanya meletakkan orang A, B, C, D jika anda tidak boleh menang. Pada akhirnya, kita perlu memenangi pilihan raya, kita perlukan angka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Maka, jika beliau (Wetrom) seorang calon yang boleh menang, apa salahnya meletakkan beliau sebagai calon. Lagipun beliau orang Sabah. Selain itu kita juga mahu menyatukan orang Sabah. Saya telah menyatakan pendirian saya untuk rakyat Sabah bersatu padu,” katanya kepada pemberita selepas sesi jelajah mesra (walkabout) di Tamu Jalan Gaya di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohd Shafie turut mengulangi hasrat Warisan untuk bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam menghadapi PRU15 demi kemajuan negeri ini.

Advertisement
Sabtu lepas, sebuah video tular dalam media sosial yang memaparkan Wetrom mengumumkan bahawa beliau menyertai Warisan dan menjadi calon parti itu untuk kerusi Parlimen Kota Marudu pada PRU15.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Wetrom berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar esok (Selasa) atau Rabu ini berhubung perkara itu.

Advertisement
Pada PRU14, Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) memenangi kerusi Kota Marudu dengan majoriti 1,774 undi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here