TAWAU: Umno Sabah Bahagian Kalabakan optimis untuk merampas kembali kerusi tradisi Umno di Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan tahap kesiapsiagaan kini mencapai 80 peratus.Ketuanya, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, ketika ini pihaknya dalam proses penambahbaikan ke atas beberapa perkara, khususnya jentera parti memandangkan banyak yang masih baharu.
Namun, beliau yakin jentera-jentera baharu tersebut mampu menjalankan tugas sebaiknya, khususnya apabila bergabung dengan jentera lama parti yang berpengalaman.
Advertisement





