TAWAU: Sabah berada di tangga ke-13 daripada 15 negeri d Malaysia dari segi indeks kebahagiaan rakyat pada tahun 2021 yang diukur berasaskan aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual.Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, indeks berkenaan adalah berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) tahun lepas.
Sehubungan itu, beliau percaya program Outreach Santuni Wanita anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) mampu memberi manfaat kepada kaum wanita, khususnya pengetahuan tentang undang-undang kekeluargaan.
Advertisement





