Kota Kinabalu: Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa rakyat Malaysia yang menetap di luar negara mendaftar sebagai pengundi pos bagi membolehkan mereka menggunakan hak mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Katanya, mereka harus merebut peluang ini untuk mengubah landskap politik negara kerana kerajaan sedia ada tidak mendapat mandat rakyat.
“Sudah tiba masanya untuk kita menetapkan semula negara untuk bergerak ke hadapan,” katanya, dalam satu kenyataan, Rabu.
“Negara kita tidak ke mana-mana buat masa ini. Sementara seluruh dunia sedang berusaha keras untuk pulih daripada kesan ekonomi dan sosial Covid-19, Malaysia nampaknya hanya terlibat dalam polemik kaum dan agama.”
Terdapat 1.8 juta rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan beliau menyeru mereka semua untuk mengambil bahagian dalam menentukan jalan yang harus diambil oleh negara kita.
“Hanya kerana anda tinggal di luar Malaysia, ia tidak bermakna anda tidak boleh mengambil bahagian dalam mengundi.
“Ini mengenai masa depan negara kita dan masa depan anak-anak kita.
“Undi anda penting. Ia penting bukan sahaja untuk hari ini tetapi terutamanya untuk esok.”