Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Usaha sama untuk loji janakuasa hidroelektrik mini
Published on: Thursday, October 20, 2022
Published on: Thu, Oct 20, 2022
Text Size:
Text:
Usaha sama untuk loji janakuasa hidroelektrik mini
Hajiji (tengah, belakang) dan Ghulam (kiri, belakang) menyaksikan pemeteraian perjanjian usaha sama oleh Pandikar (dua dari kiri, depan) bersama Zulkepli (dua dari kanan, depan).
Kota Kinabalu: Loji janakuasa hidroelektrik mini dijangka berupaya menyelesaikan masalah kekurangan bekalan elektrik secara holistik di negeri iniKetua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha sama di antara Yayasan Sabah dengan G Capital Berhad yang dimaterai Selasa lepas, bakal  menghasilkan tenaga boleh diperbaharui melalui loji janakuasa hidroelektrik mini di seluruh Sabah sekaligus menjana bekalan tenaga yang cukup dan stabil.

Advertisement
“Saya yakin perjanjian usaha sama ini akan menyumbang kepada bekalan kuasa yang stabil kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan menarik pelaburan berkualiti.
“Usaha meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui adalah selaras dengan dasar Kerajaan Persekutuan dan Matlamat Pembangunan Mampan serta salah satu daripada tiga teras utama Hala Tuju Sabah Maju Jaya iaitu infrastruktur hijau dan rangkaian kemampanan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Penjanaan tenaga hijau seperti loji janakuasa hidroelektrik mini akan menarik lebih ramai pelabur, terutamanya mereka yang mengutamakan tenaga hijau dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

“Malah, ia akan menyokong pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Sabah selain memberi manfaat kepada industri dan komuniti tempatan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mewujudkan laluan untuk kerjaya profesional,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha Sama dan Pemegang Saham di Menara Kinabalu.

Advertisement
Sementara itu, Pengerusi Innoprise Synergy Sdn Bhd, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memaklumkan perkembangan awal projek ulung berkenaan melibatkan lima lokasi iaitu Sg Bayoyo, Sg Rayoh, Sg Mokodou, SgWariu dan Sg Panatara dengan anggaran jumlah kapasiti 65MW.

“Berdasarkan kajian awal, sungai-sungai tersebut adalah amat sesuai untuk pembangunan loji kuasa hidroelektrik kecil dan tidak memerlukan empangan yang besar.
Advertisement
“Pembangunan loji janakuasa hidroelektrik mini amat intensif dari segi modal namun, dalam jangka masa yang panjang, ia ada kelebihan berbanding kuasa sumber bahan api fosil. “Projek kami akan membekalkan tenaga elektrik hijau yang stabil kepada pihak SESB dengan harga yang berpatutan,” jelas beliau. Pada majlis tersebut, Hajiji menyaksikan pemeteraian perjanjian oleh Pandikar bagi pihak Yayasan Sabah dan wakil G Capital Berhad iaitu pengerusi syarikat milik penuh CM Creative Itinerary Sdn Bhd, Zulkepli Mishat.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof; Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar; Pengerusi Kluster Industri Minyak Sawit (POIC), Datuk Seri Yong Teck Lee; Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Datuk Seri Salleh Tun Said; Presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong), Tan Sri Goh Tian Chuan dan Pengarah Eksekutif G Capital Berhad, Datuk Yap Yee Ping. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here