Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PBRS sedia tanding di Batu Sapi
Published on: Thursday, October 20, 2022
Published on: Thu, Oct 20, 2022
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
PBRS sedia tanding di Batu Sapi
Fazil yang juga Ketua Komunikasi Korporat PBRS Pusat berkata demikian dalam kenyataan di sini pada Rabu.
SANDAKAN: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Batu Sapi bersedia untuk bertanding di kawasan Parlimen berkenaan.

Penyelaras PBRS Batu Sapi, Mohd Fazil Ajak, berkata, ini sejajar dengan saranan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup untuk Barisan Nasional (BN) bergerak solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Advertisement
Jelasnya, ini turut mengambil kira daripada tinjauan kepimpinan PBRS apabila majoriti bahagian-bahagian parti itu seluruh Sabah yang mempunyai kira-kira 1,500 cawangan bersetuju BN bergerak secara solo di negeri ini.

Fazil yang juga Ketua Komunikasi Korporat PBRS Pusat berkata demikian dalam kenyataan di sini pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sehingga Jun 2022, Parlimen Batu Sapi mempunyai 44,594 pengundi.

Ia melibatkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting dan Sekong.
Advertisement
Jelasnya, sudah tiba masanya bagi PBRS diberi tanggungjawab oleh BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu Sapi. “Kita percaya, menerusi kerjasama erat bersama rakan-rakan BN, kita akan berupaya mengembalikan kerusi Parlimen Batu Sapi kepada BN semula,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here