Tue, 19 May 2026
Headlines:
DUN Kukusan laksana 30 projek pembangunan bernilai RM1.5 juta
Published on: Friday, October 21, 2022
Published on: Fri, Oct 21, 2022
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
DUN Kukusan laksana 30 projek pembangunan bernilai RM1.5 juta
Rina berkata, projek-projek berkenaan melibatkan dana di bawah peruntukkan ADUN sebanyak RM2 juta, manakala, RM500,000 lagi beliau salurkan khas untuk sentuhan kasih buat warga Kukusan.
TAWAU: Sebanyak 30 projek pembangunan infrastruktur bernilai RM1.5 juta sedang giat dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan demi kesejahteraan rakyat.

ADUN Kukusan, Rina Jainal, berkata projek-projek tersebut, antaranya, melibatkan pembinaan tiga jambatan, baik-pulih segera jambatan rosak, membina jalan konkrit dan  menaik taraf landskap Taman Awam Muhibbah.

Advertisement
 “Saya bersyukur kerana akhirnya dapat melaksanakan permintaan rakyat setelah hampir dua tahun terpaksa menunda kerja-kerja baik pulih dan pembinaan. Separuh daripada projek ini sudah siap, manakala, separuh lagi sedang dalam proses penyiapan,” katanya.

Rina berkata, projek-projek berkenaan melibatkan dana di bawah peruntukkan ADUN sebanyak RM2 juta, manakala, RM500,000 lagi beliau salurkan khas untuk sentuhan kasih buat warga Kukusan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sentuhan kasih dimanifastasi menerusi pemberian laptop, sumbangan untuk anak-anak Kukusan yang melanjutkan pelajaran, sumbangan sekolah dan sebagainya. Kita manfaatkan segala peruntukkan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah dan aduan yang kita terima daripada rakyat,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan ke-32 SK Muhibbah Raya di Kompleks Sukan Tawau, pada Khamis.

Advertisement
Mengulas lanjut, Rina berkata, sepanjang tempoh empat bulan berada di blok kerajaan, pejabatnya sudahpun melaksanakan banyak projek-projek pembangunan dan aduan rakyat yang tidak dapat dilakukan sebelum ini.

Malah, ketika ini katanya, beliau mengakui sokongan rakyat akar umbi, khususnya terhadap Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) semakin positif apabila mereka turut sama menikmati peruntukan kerajaan.

Advertisement
“Sebenarnya, apa yang rakyat perlukan adalah perkhidmatan seorang Wakil Rakyat dalam menyantuni masalah mereka dengan berkesan,” katanya.

Mengenai isu kesesakan di Jalan Utara Baru, beliau berharap projek naik taraf jalan antara laluan utama penduduk Tawau itu dapat dijalankan secepat mungkin.

“Kita mendesak Kerajaan Negeri dan Persekutuan agar dapat menangani isu tersebut secepat mungkin memandangkan ini melibatkan satu peruntukkan atau kos yang besar, dengan mengambil-kira kepadatan penduduk dan kesesakan lalu lintas serius di kawasan itu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here