Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kenapa baru sekarang mereka bersuara? – Upko
Published on: Friday, October 21, 2022
Published on: Fri, Oct 21, 2022
Text Size:
Text:
Kenapa baru sekarang mereka bersuara? – Upko
Nelson berkata, sebelum pelaksanaan Undi 18, Upko secara konsisten melalui pelbagai forum dan seminar anjuran Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengetengahkan isu itu.
Kota Kinabalu: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) mempertikaikan tindakan pemimpin PBS, Star, PBRS dan SAPP yang baharu sekarang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap peningkatan mendadak jumlah pengundi baharu di Sabah.

Setiausaha Agungnya, Nelson W Angang, mereka sepatutnya meramalkan masalah itu sebelum pelaksanaan Undi 18.

Advertisement
“Mengapa baru sekarang mereka mengetengahkan isu ini?” katanya.

Nelson berkata, sebelum pelaksanaan Undi 18, Upko secara konsisten melalui pelbagai forum dan seminar anjuran Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengetengahkan isu itu. Walaupun Upko menyokong pelaksanaan Undi 18, kami telah berulang kali menekankan keperluan mewujudkan mekanisme untuk mengenal pasti dan menapis mereka yang telah memperoleh Mykad melalui cara yang meragukan dan wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“RCI 2012 telah mendedahkan bahawa terdapat pendatang tanpa izin yang memperoleh kad Pengenalan Malaysia dan mengundi dalam beberapa pilihan raya umum,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau menambah, bagi Upko, ia adalah perjuangan yang dilakukan sendirian dalam mengetengahkan isu kewarganegaraan yang meragukan.
Advertisement
“PBS, Star, PBRS dan SAPP tidak tampil ketika itu untuk menunjukkan sokongan dan menyuarakan tuntutan agar JPN dan SPR memastikan pendaftaran pengundi secara automatik bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas bagi Sabah adalah rakyat Malaysia yang tulen. “Parti-parti ini adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan sebelum ini dan sekarang,” katanya.

Advertisement
Menurut Nelson, SPR telah menjelaskan dalam beberapa forum bahawa dari segi undang-undang, mereka tidak diberi kuasa untuk meneliti rekod JPN yang akan digunakan untuk mendaftarkan secara automatik rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas sebagai pemilih dalam daftar pemilih kerana kuasa itu berada di bawah bidang kuasa JPN.

“Jadi pemimpin-pemimpin yang kecoh sekarang ini tidak membuat kerja rumah ketika itu dan gagal mengetengahkan serta menangani isu ini. “Bagaimana kamu boleh mendakwa kamu memperjuangkan hak Sabah sedangkan kamu tidak berupaya meramalkan masalah ini, sebelum ini?

“Itulah sebabnya Upko konsisten dan gigih dalam menekankan keperluan untuk mengiktiraf dan mengakui bahawa terdapat empat kategori masalah pendatang asing di Sabah, iaitu, (i) pendatang tanpa izin, (ii) pelarian, (iii) orang tanpa kerakyatan dan (iv) mereka yang telah mendapat kad pengenalan Malaysia dengan cara yang meragukan.

“Punca peningkatan mendadak pengundi baharu dalam daftar pemilih mungkin berada dalam kategori keempat. Oleh itu, adalah penting bahawa setiap kategori harus diiktiraf sebelum penyelesaian yang boleh dilaksanakan dan berkesan boleh ditemui,” katanya.

Beliau menambah, tiada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua masalah yang telah lama wujud ini. “Pengajaran utama untuk seluruh pemimpin adalah untuk memahami kewujudan empat kategori. Jadi persoalannya ialah adakah mereka memahami perbezaannya?” soal Nelson.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here