Kota Kinabalu: Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin yakin atlet Para negeri akan mencapai sasaran 40 emas pada Para-Sukma (Sukan Malaysia) ke-5 di Kuala Lumpur bermula 1 November hingga 6 November ini.Sabah akan diwakili oleh 109 atlet dan mereka akan mengambil bahagian dalam sembilan daripada 10 sukan dengan badminton, memanah, pingpong, renang, olahraga dan angkat kuasa adalah wajib, manakala catur, boling tenpin dan boling padang adalah pilihan.





