SANDAKAN: Setiap kali ada perayaan di negara ini, syarikat penerbangan akan menaikkan kadar tambang perjalanan KL-Sabah atau mana-mana perjalanan sehingga menyusahkan orang ramai yang tidak berapa mampu untuk membeli tiket yang mahal.Beberapa jam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pengundian Khamis lalu, berita mengenai tambang penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur dikatakan melambung tinggi dan menjadi viral di media sosial.
Setiausaha Publisiti DAP Sabah, Vivian Wong berkata, pemantauan pantas menerusi platform tempahan dalam talian syarikat penerbangan menunjukkan tambang pergi balik di antara Kuala Lumpur dan Sandakan dari 18 November 2022 adalah sekitar RM600 bagi Air Asia dan sehingga RM800 bagi Malaysia Airlines.
Advertisement





