Kota Kinabalu: PBS diingatkan supaya tidak mengelirukan rakyat khususnya Kadazan Dusun Murut (KDM) apabila mendakwa peningkatan pengundi di Sabah berlaku pada 2018-2020 semasa pentadbiran Kerajaan Negeri WarisanPlus.Ketika membuat gesaan itu, Setiausaha Politik kepada Timbalan Presiden Warisan Datuk Darell Leiking berkata jumlah pengundi di Sabah hari ini ialah 1,670,354 (Januari 2022) berbanding 1,124,598 ketika Pilihan Raya Negeri diadakan pada 2020.
Dan semasa PRU14 pada 2018, jumlah pemilih berdaftar di Sabah ialah 1,117,887.
Advertisement





