Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah kekal sebagai destinasi menarik untuk pelabur
Published on: Sunday, October 23, 2022
Published on: Sun, Oct 23, 2022
Text Size:
Text:
Sabah kekal sebagai destinasi menarik untuk pelabur
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor
Kota Kinabalu: Sabah sedang dan akan terus mengekalkan momentum sebagai destinasi menarik untuk pelabur, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.Katanya, banyak peluang telah dimanfaatkan dalam pelbagai sektor di seluruh negeri, agar Sabah kekal konsisten dari segi menarik lebih banyak pelaburan.
Advertisement
Menurutnya, dalam tempoh dua tahun pentadbiran kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN), dari September 2020 hingga September tahun ini, sebanyak 46 syarikat telah melabur di Sabah dalam sektor perkilangan, sekali gus memberi kira-kira 5,000 peluang pekerjaan.
“Dalam tempoh itu, jumlah pelaburan asing adalah sebanyak RM11.9 bilion, manakala pelaburan tempatan sebanyak RM942 juta. Sabah akan mendorong momentum ini dan kita yakin Sabah sedang dan akan terus menjadi destinasi menarik untuk pelaburan,” katanya.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Perlantikan/Installation Ke-10 Ahli Majlis Tertinggi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) di Grand Ballroom Shangri-La Tanjung Aru, malam Jumaat lepas.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.
Advertisement
Sehubungan itu, beliau menggesa KCCI dan dewan perniagaan lain agar memanfaatkan semua peluang ini untuk maju, selain terus bersama membantu kerajaan untuk membawa lebih banyak pembangunan ke negeri ini. Katanya, Hala Tuju dan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) adalah satu-satunya usaha murni kerajaan untuk membawa pembangunan yang menyeluruh dan pesat bagi negeri Sabah.
Advertisement
“Misi dan aspirasi saya adalah melihat Sabah yang progresif. Kerajaan tidak pernah berhenti dalam usaha membawa lebih banyak pembangunan untuk Sabah dan kesejahteraan rakyat”, tegasnya. Hajiji berkata, kerajaan menawarkan penyertaan yang lebih bermakna dan mapan daripada golongan Bumiputera agar menyahut gesaan Kerajaan untuk turut serta dalam proses transformasi ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian. “Terpulang kepada kebijaksanaan dan kapasiti ahli-ahli KCCI untuk menyesuaikan proses anjakan kepada satu bentuk ekonomi baharu yang berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi. Ambillah kesempatan bergabung dengan syarikat luar yang mempunyai kemahiran dan kepakaran terkini,” tambahnya. Menurutnya, dalam usaha mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, Kerajaan telah banyak memberi peruntukan untuk melatih dan menggilap tenaga kerja supaya dapat memiliki kelayakan dan latihan yang bersesuaian dengan keperluan negara. Beliau juga menyeru ahli-ahli KCCI agar tingkatkan semangat juang, semangat usahawan dan semangat kerjasama terutama dalam menempuh cabaran untuk menubuhkan komuniti komersial dan perindustrian Bumiputera di Sabah.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here